Monday, 11 June 2012

Cedokk!!

Bismillahirrahmanirrahim..

sekarang minggu peperiksaan kt tmpt aku ni.. pg td br lepas jaga exam.. ganti tempat org lain.. semalam dapat call kene ganti.. lillahi ta'ala aku ganti... lama jugak paper hr ni.. 3 jam..memang jenuh sgt nk jaga untuk masa tu.. sempat la jugak menanda assignment student.. minggu ni jugakla kene siapkan carry marks... hrrmmm mmg tak cuti walaupun tak de kelas...

sejak dua menjak ni aku tengok orang islam semakin ramai yang mencedok budaya barat dalam kehidupan seharian... aku tak nk la bincang lagi tentang sambutan hari kekasih..tetapi yang ni ha.. BABY SHOWER... kadang2 aku pelik kenapa orang kita(islam) ni suka sangat meniru gaya dan cara barat? best sangat ke? nak tunjuk yang kita ni up to date..kita ni disayangi kawan2 dan family sehingga diberi penghormatan sebegitu rupa? semua tu ada pembaziran semata-mata2 walaupun duit yang dikeluarkan bukan dari si ibu yang mengandung, namun alangkah bagusnya dibanyakkan aktiviti sedekah, mengaji dan memperdengarkan alunan2 yang baik dalam islam. tidak hairanlah kenapa bila anak tu dah besar sukakan hiburan yang melalaikan.. sebabnya dari dalam perut lagi dihidangkan dengan cara hidup yang sememangnya bukan cara islam.

sapa yang tak suka diberi jamuan yang indah dan sogokan hadiah untuk kelahiran bayi nanti... dengan dekorasi yang pelbagai.. dihadiri dengan sahabat lelaki dan perempuan..berborak2 dan bergelak2... makan2 dan main permainan yang ringan2...

islam itu indah dan menenangkan... kan lebih baik kita buat solat hajat... sama2 mengaji... agar si ibu dan anak dalam perut merasai aura islam...begitu juga para hadirin.. lepas tu sedikit tazkirah tentang zuriat dan tajuk2 yang bersesuaian... bukankah itu lebih manis? nak bagi hadiah boleh la.. bagi la lepas majlis..Allahuakbar.. islam tu sangat2 mudah.. tak de pun nk menyusahkan ummatnya dengan sambutan2 yang tak perlu.. yang lebih perlu ialah memberi didikan sebaik mungkin pada zuriat dalam mendepani kerenah dunia yang penuh pancaroba ni...penerapan islam tu yang paling penting.. bukannya penerapan hidup yang high class, cara hidup barat, disaluti dengan barangan2 mewah dan berjenama... semua itu boleh datang kemudian selepas ditarbiyyah zuriat dengan nilai2 islam..

aku ni bukan la nak tunjuk pandai... namun sedih dengan status orang islam sekarang yang terlalu excited mencedok anasir dan cara hidup barat yang nampak zahir macam best dan high class.. namun kosong sebenarnya...wallahua'lam